Make your own free website on Tripod.com

Rahsia Alam Melayu

UTAMA | PESANAN | 1001 RAHSIA ALAM MELAYU | KEISTIMEWAAN | RUJUKKAN | ATURAN | IJAZAH & TEMPAHAN | MAKLUMBALAS

bismillah.gif

 

Pengenalan

 



Rahsia Alam Melayu adalah suatu rahsia yang berkurun lamanya  menjadi rahsia bagi kalangan para bomoh, pawang, dukun dan pengamal perubatan melayu tradisi. Kini disediakan khas untuk anda yang berminat untuk mengetahuinya sebagai rujukkan atau bagi anda yang benar-benar berminat untuk mengamalkannya sebagai salah satu cara alternatif selain dari cara perubatan dan kaedah moden.

Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas, walaupun masyarakat  melayu pada hari ini telah menjadikan cara perubatan dan kaedah moden sebagai langkah utama namun cara perubatan tradisi terus mendapat tempat. Bahkan ianya turut diamalkan oleh kaum-kaum lain di Malaysia mahupun di rantau Nusantara.
 
Rahsia Alam Melayu sebenarnya adalah melalui pengalaman  Penyusun sendiri dan juga melalui pengalaman mereka yang telah sembuh serta daripada kaji selidik keatas para bomoh, pawang, dukun dan pengamal perubatan tradisi. Disamping itu Penyusun juga telah merujuk kepada beberapa buah kitab lama antaranya Kitab Tajul Muluk, At Tibbun Nabawi, Sirus Salikin, Mujjarobat Melayu, Al-Aufaq dan lain-lain. Hasil kajian selama 4 tahun ini maka terhasilnya Rahsia Alam  Melayu.     

 

 

Rahsia yang terkandung di sebalik "RAHSIA ALAM MELAYU"

 


 
Rahsia Alam Melayu merupakan petua-petua, amalan-amalan, ubat-ubatan tradisional melayu, doa-doa penawar penyakit, wifik-wifik dan panduan kesihatan yang telah menjadi amalan orang melayu sejak berkurun lamanya secara turun temurun dari satu generasi ke generasi yang lain.
 
Perlu ditegaskan bahawa Rahsia Alam Melayu tidak mengandungi sebarang perkara dan jampi serapah yang bertentangan dengan ajaran islam. Ianya juga sama sekali tidak ada menggunakkan sebarang bahan kimia dan akohol tetapi hanya melibatkan ramuan-ramuan yang di perbuat dari alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Dan yang paling menakjubkan bahawa selepas ini bahawa anda sendiri yang akan membuatnya serta memprosesnya dan mengamalkannya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
 
Dimana anda yang berminat untuk mengamalkannya boleh melakukannya sendiri di rumah anda mengikut cara-cara yang disediakan. Amat mudah sekali dimana anda tidak memerlukan kos yang tinggi untuk mengamalkannya. Hanya menggunakan bahan-bahan atau tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling anda bahkan tanpa anda sedari ada sesetengah bahan atau tumbuhan itu ada terbiar begitu sahaja sedangkan faedah dan khasiatnya adalah amat tinggi sekali.
 
Rahsia Alam Melayu adalah himpunan petua-petua, amalan-amalan, ubat-ubatan tradisional melayu, doa-doa penawar penyakit, wifik-wifik, doa-doa amalan para Nabi dan Rasul, surah-surah serta ayat-ayat suci Al-Quran yang amat berkhasiat, azimat-azimat, rajah serta asma, hiqzib dan panduan kesihatan yang selama ini menjadi ilmu rahsia bagi sesetengah bomoh, dukun, pawang dan pengamal perubatan melayu tradisi. Selain dari cara perubatan dan kaedah moden adalah tidak salah bagi anda untuk cuba mengamalkan Rahsia Alam Melayu, asalkan tidak bertentangan dengan ajaran islam yang amat kita cintai.

PusakaWarisanSilam.jpg
Pusaka Ibunda

 
 

 

Kelebihan "RAHSIA ALAM MELAYU"

 

 
Rahsia Alam Melayu adalah amat menjimatkan wang  anda tidak perlu lagi pergi mendapatkan sebarang khidmat dari Pengamal Perubatan Tradisional kerana Rahsia Alam Melayu merupakan sebuah Panduan yang amat lengkap dan segala aspek perubatan kini berada dalam tangan anda.
 

Tambahan pula pada zaman ini telah menjadi suatu trend dimana Pengamal Perubatan  Tradisional telah mengkomersialkan perkhidmatan mereka dengan mengiklankan diri mereka di dalam akhbar terutamanya akhbar Tabloid. Jadi Rahsia Alam Melayu adalah adalah merupakan salah satu pilihan alternatif bagi anda. Bukanlah tujuan Rahsia Alam Melayu untuk bersaing dengan pengamal-pengamal perubatan yang sedia ada tetapi sekurang-kurangnya dapat memperkembangkan lagi khazanah warisan silam ini. Semoga ianya akan terus berkekalan di sepanjang zaman. Sesungguhnya setiap orang itu mempunyai kelebihan yang tersendiri maka terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan terpulanglah kepada kemampuan anda sendiri !

 

Justeru itu amalkanlah Rahsia Alam Melayu dengan sebaik munkin selaras dengan sebuah hadis Rasulullah saw, bermaksud ( Yang dikatakan oleh Abu Hurairah ) yang bermaksud;

 

    "Tiada tahayul dengan sesuatu dan yang baik  maka 

      maka mereka bertanya apakah harapan yang baik itu ya 

      Rasulullah ? Nabi menjawab , perkataan yang baik  didengar 

      oleh salah seorang diantara kamu."

                                                                Hadis Riwayat Al Bukhari

 

Dengan ini jelas menunjukkan bahawa menghitung sesuatu  atau berubat sesuatu  dengan yang diperbolehkan asal tidak mengandungi sifat-sifat kemusyrikan, bahkan  manusia diwajibkan  berusaha dan mempertingkatkan segala sesuatu yang menguntungkan demi kepentingan hidup yang layak.

 

Justeru itu barang siapa yang memiliki naskhah Rahsia Alam Melayu

pilihlah mana yang dianggap penting dan berguna kepada anda dan amalkan dengan tenang dan sabar, insyaallah anda kan mendapat keberkahanya.

 

Semoga Rahsia Alam Melayu akan dapat memberikan anda munafaat 

dan kerberkatan. Semoga diberikan petunjuk ILWALUD-DUNYA dan

ILWALUL-AKHIRAT oleh Allah Swt.

 


Laman Pilihan

 

 

h                                                                                                                                                Kembali Ke Laman Utama  |    Hubungi kami             

 

Utama Pesanan 1001 Rahsia Alam Melayu Rujukkan Aturan
1 –250  251-500 500-800  800>>>>   Amalan Mustajab Formula Ramuan Ajaib   

  Amalan Ampuh  Amalan Dari Seberang  

Ijazah & Tempahan Maklumbalas   
      

                                                                  

                                                                                                                                                                                                                                                                                  

Copyright 2005 Rahsia Alam Melayu . All rights reserved.